SELEPAS 47 hari rakyat Malaysia 'terkurung', hari ini hari pertama Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19 dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Apa yang longgar? Antara lain, banyak pusat beli belah sudah boleh beroperasi. Restoran 'Mamak' yang dirindui juga sudah boleh dikunjungi dan orang ramai boleh menjamu selera di premis-premis kedai makan, manakala kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang.
Namun, perlu diingat PKP ini hanyalah dilonggarkan dan tarikh tamat sebenar perintah ini yang kini masuk fasa keempat adalah pada 12 Mei ini.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam menegaskan persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan hari ini kita 'raya' adalah salah.
Katanya, sekarang terserah kepada disiplin orang ramai dan kepatuhan mereka kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah berkenaan bagi membantu melandaikan lekuk COVID-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar.
Dalam keghairahan meraikan 'kebebasan' ini, perlu diingat juga kes positif baharu COVID-19, kembali mencecah angka tiga digit dua hari berturut sejak dua hari lepas selepas 16 hari kita berjaya merekodkan angka dua digit.
Semalam, sebanyak 122 kes positif COVID-19 direkodkan, meningkat dari hari sebelumnya sebanyak 105 kes.
Bagaimanapun, keputusan melonggarkan PKP kepada PKPB yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas masih kekal dan hanya kawasan yang mencatatkan kenaikan mendadak kes COVID-19 akan ditutup selepas ini.
Bagi menyelia kepatuhan rakyat secara keseluruhan terhadap PKP, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam, mahu orang ramai memainkan peranan masing-masing dalam membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP PKPB.
Beliau turut menasihatkan orang ramai memuat turun aplikasi MyTrace dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang boleh digunakan bagi membantu kerajaan mengesan jejak mereka yang telah dijangkiti wabak COVID-19 berhampiran mereka dan kontak rapat mereka.
Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini. Jangan jadikan kegembiraan sementara kita dalam meraikan sedikit kebebasan ini satu kerugian kepada usaha kita 'berkurung' selama 47 hari sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Keputusan melonggarkan PKP kepada PKPB masih kekal dan hanya kawasan yang mencatatkan kenaikan mendadak kes COVID-19 akan ditutup selepas ini.- Gambar fail/ Bernama
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.