KUALA LUMPUR:Perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah di mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditangguhkan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Nov ini, demikian menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP).
Menurut PKPMP dalam kenyataannya hari ini, panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Antara panduan berkenaan ialah perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah ditangguhkan dan penetapkan tarikh perbicaraan dan pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu, menurut PKPMP.
Permohonan untuk tahanan reman akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
Menurut PKPMP, panduan berhubung pendengaran kes secara dalam talian yang dikeluarkan oleh pejabat itu pada 26 Mac dan 24 April lepas juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hingga 9 Nov ini.
Panduan itu menyatakan pihak dalam kes mahkamah boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian dengan persetujuan pihak-pihak dalam kes berkenaan.
Semua panduan berkenaan juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Sabah susulan pelanjutan penguatkuasaan PKPB hingga Nov 9 di negeri itu.
Menurut PKPMP, pemakaian panduan berkenaan perlu diubah suai dengan mengambil kira keperluan mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.
Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada pegawai bertanggungjawab di mahkamah-mahkamah yang berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah terbabit. - Gambar fail/BERNAMA

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Rel Berkembar | Projek landasan elektrik Gemas-JB 85 peratus siap
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, projek mega itu setakat ini memasuki peringkat akhir dan mengikut jadual serta dijangka siap akhir tahun depan.

PKPB: Perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditangguhkan
Panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.