KOTA KINABALU:Ibadat di masjid dan surau di seluruh Sabah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 20 Disember ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kebenaran tersebut diluluskan setelah kerajaan negeri meneliti cadangan Mufti Sabah.
"Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan Mufti Negeri Sabah untuk membenarkan aktiviti di masjid dan surau ketika PKPB berkuat kuasa mulai 7 hingga 20 Disember.
"Aktiviti ibadat di masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat di semua zon di negeri ini.
"Bilangan jemaah solat lima waktu di masjid dan surau bagi seluruh zon di Sabah ialah 1/3 kapasiti dewan solat utama masjid dan surau, manakala, bilangan ahli solat jumaat adalah mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media harian COVID-19 bagi negeri Sabah pada Selasa.
Jelasnya lagi, kuliah agama dan kelas agama turut dibenarkan untuk diadakan di dewan solat, dewan dan bilik khas masjid.
"Aktiviti dan program masjid dan surau dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam seperti kuliah Maghrib, Dhuha dan sebagainya.
"Aktiviti kelas agama dibenarkan diadakan di dewan atau bilik khas masjid tidak melebihi lima jam dan bilangan peserta tidak melebihi 20 orang dengan menjaga disiplin diri dan mematuhi semua SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib," katanya.
Tambah Masidi majlis akad nikah dibenarkan di dewan atau bilik khas masjid dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang mengikut saiz ruang majlis dengan mematuhi semua SOP termasuk memastikan jamuan makan dan minum hanya dalam bentuk bungkusan sahaja.
Bagi had umur pula, Masidi berkata bagi dewasa tiada had umur ditetapkan kecuali kanak-kanak.
Had umur kanak-kanak yang dibenarkan hadir ke masjid dan surau adalah 10 tahun ke atas.
Sementara itu Masidi turut memaklumkan kebenaran beroperasi bagi semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari pengamal pengubatan Islam.
"Semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari termasuk fasiliti pengamal pengubatan Islam adalah dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Antara perkara yang ditetapkan ialah petugas mesti sentiasa memakai alat perlindungan diri apabila berurusan dengan pelanggan.
"Pelanggan wajib memakai pelitup muka, menjalani saringan suhu badan dan gejala di pintu masuk premis dan menggunakan Aplikasi MySejahtera atau secara manual," katanya.
Pada Selasa jumlah kes positif baharu COVID-19 adalah sebanyak 271 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 31,057 kes.
Empat kes kematian dicatatkan iaitu dua kes di daerah Tawau dan masing-masing satu di Tuaran dan Lahad Datu.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Dec 08 2020
Masidi turut memaklumkan kebenaran beroperasi bagi semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari pengamal pengubatan Islam.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PKPB Sabah: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid - Masidi
Masidi turut memaklumkan kebenaran beroperasi bagi semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari pengamal pengubatan Islam.