awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Alor Setar, seluruh Kota Setar dan dua kampung di dua jajahan di Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2021
11:47 MYT
PKPD di Alor Setar, seluruh Kota Setar dan dua kampung di dua jajahan di Kelantan
Ismail Sabri memaklumkan pelanjutan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang bermula 19 hingga 25 Mei ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bandar Alor Setar dan seluruh daerah Kota Setar serta dua kampung di dua jajahan di Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 19 Mei hingga 1 Jun berikutan peningkatan kes COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, sehingga 16 Mei sebanyak 975 kes aktif COVID-19 di seluruh daerah Kota Setar dengan enam (6) mukim direkodkan sebagai Zon Merah iaitu Mukim Kota Setar (78 kes), Mukim Mergong (223 kes), Mukim Pengkalan Kundor (143 kes), Mukim Derga (138 kes), Mukim Kangkong (55 kes) dan Mukim Anak Bukit (61 kes).
"KKM mengesahkan penularan jangkitan COVID-19 telah tersebar meluas ke seluruh daerah Kota Setar dengan dalam tempoh lapan hari sahaja iaitu bermula 8 hingga 16 Mei, sebanyak 799 kes positif COVID-19 dikesan.
"Ini menjadikan sebanyak hampir 100 kes sehari di Kota Setar direkodkan secara purata, yang melibatkan beberapa kluster sedia ada dan Kluster Dah Putih iaitu kluster terbaru di daerah Kota Setar," katanya dalam kenyataan media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu beliau juga memaklumkan pelaksanaan PKPD di dua lokaliti di Kelantan iaitu di Kampung Pauh Lima Mukim Gunong di Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu.
Ismail Sabri menjelaskan KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh dua minggu iaitu peratusan kes positif adalah 26.62 peratus di Kampung Pauh Lima, Bachok dan 55.22 peratus di Kampung Pauh Lima, Kota Bharu.
Dalam kenyataan itu juga beliau memaklumkan pelanjutan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang bermula 19 hingga 25 Mei ini.
Selain itu, pelanjutan PKPD turut dilaksanakan di PKPD Rumah Panjang Dinggai, Sungai Amut Atas, Pakan, Sarikei, Sarawak sehingga 26 Mei.
Topic Berkaitan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
#ismail sabri yaakob
#Alor Setar
#Kota Setar
#Kampung Pauh Lima
#Mukim Gunong
#Bachok
#Mukim Banggu
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan