awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di dua lokaliti Sabah dilanjutkan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/11/2020
09:10 MYT
PKPD di dua lokaliti Sabah dilanjutkan - Ismail Sabri
PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Disember depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok, Kota Kinabalu yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Disember depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan iti dibuat atas nasihat serta penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok bermula 16 November lalu.
Kedua-dua lokaliti ini mempunyai penduduk yang padat iaitu dianggarkan kira-kira 21,000 penduduk dengan jumlah pecahan penduduk di penempatan Telipok kira-kira 15,000, manakala di Kampung Numbak seramai 5,700.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Kota Kinabalu
#Sabah
#Kampung Numbak
#Penempatan Telipok
#COVID-19
#ujian saringan
#dilanjutkan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan