awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di lima lokaliti di Sabah, satu di Pahang bermula Sabtu ini

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
11:42 MYT
PKPD di lima lokaliti di Sabah, satu di Pahang bermula Sabtu ini
Tiga lokaliti di Sabah ditamatkan PKPD bermula 10 September ini seperti dijadualkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di enam lokaliti di Sabah dan Pahang selama 14 hari bermula 11 hingga 24 September ini, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.
Menerusi kenyataan hariannya, Rodzi memaklumkan arahan itu membabitkan lima lokaliti di Sabah manakala di Pahang satu lokaliti.
"Di Sabah, lima lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di Ranau, Taman Sungai Labuk di Beluran, Sekolah Henry Gurney di Keningau dan Kampung Timug Matunggong di Kudat.
"Di Pahang, ia membabitkan Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai di daerah Lipis," katanya.
Rodzi juga memaklumkan, PKPD yang dilanjutkan sehingga 24 September melibatkan tujuh lokaliti di Paka, Dungun, Terengganu.
Jelas beliau, ia membabitkan Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.
"Tiga lokaliti di Sabah membabitkan, Kampung Sungai Imam di Tawau, Kampung Kapakaan di Keningau dan Kampung Paris 3 di Kinabatangan ditamatkan PKPD bermula 10 September ini seperti dijadualkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PKPD
#MKN
#Sabah
#Pahang
#Rodzi Md Saad
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan