awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di tiga kampung di Besut, PPA Batu Gajah

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2021
09:41 MYT
PKPD di tiga kampung di Besut, PPA Batu Gajah
Kerajaan setuju laksana PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, Perak dan di tiga kampung di Besut, Terengganu bermula 14 Februari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, Perak dan kuarters kakitangannya.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu akan berkuat kuasa bermula 14 hingga 27 Februari ini.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.
"Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di pusat tahanan ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, hasil 81 ujian saringan, sejumlah 29 kes positif COVID-19 direkodkan dengan 45 baki saringan sedang menunggu keputusan.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan pelaksanaan PKPD di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.
"Pelaksanaan PKPD ini mengawal pergerakan penduduk, mengurangkan jangkitan dalam komuniti serta memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas kira-kira 2,152 penduduk di ketiga-tiga lokaliti ini," katanya.
Pelaksanaan arahan ini akan berkuat kuasa bermula 14 hingga 27 Februari ini.
Topic Berkaitan
#PKPD
#COVID-19
#KKM
#ismail sabri yaakob
#ujian saringan
#kes positif
#Pusat Pemulihan Akhlak PPA Batu Gajah
#Batu Gajah
#Kg Darau-Awek
#Kg Padang Baloh
#Kg Lepan Kejor
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan