KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar bermula Khamis, 24 Disember hingga 6 Januari depan.

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (23 Disember 2020):

1) Seramai 230 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (76), aktiviti pusat hiburan (71) dan tidak memakai pelitup muka (41).

3) Pihak berkuasa berjaya menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

4) PKPD dilaksanakan di PPA Muar bermula Khamis, 24 Disember hingga 6 Januari depan.

5) PKPD di kawasan Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Pulau Pinang ditamatkan hari ini (23 Disember).