Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di dua kawasan yang terjejas teruk berikutan terdapat pertambahan secara mendadak jangkitan kes COVID-19 dalam tempoh singkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penularan wabak berkenaan dapat diputuskan daripada terus mereka di kawasan terbabit.

"Kalau didapati berlaku peningkatan mendadak dalam satu kawasan tertentu kita perlu ambil tindakan drastik, jika tidak virus akan menular dengan cepat.

"Dua kawasan telah kita dilaksanakan perintah PKPD iaitu di Simpang Renggam, Johor dan kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan tindakan yang diambil berdasarkan kepada pemantauan setiap hari," katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Noor Hisham tidak menolar penularan wabak berkenaan di Hulu Langat adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

"Pada asalnya kita dapati 71 kes positif COVID-19 di Hulu Langat dan apabila kita masuk dua hari di kawasan ini, ada peningkatan sehingga 90 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah sebanyak 271 kes manakala di Madrasah Nabawiyah Batu 24 ada 90 kes," jelasnya.