KOTA BELUD:Penduduk di dua lokaliti di daerah di Kota Belud yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bimbang kekurangan bekalan makanan.
Menurut seorang penduduk Kampung Tegudon, Angelbert Adof Nain, 47, pendapatan utama penduduk selama ini adalah dari sumber pertanian.
Namun, katanya, akibat perintah PKPD yang bermula hari ini sehingga 3 Disemberr, penduduk tidak dibenarkan bertani dan menjual hasil tani.
"Memang kami akur dengan perintah kerajaan sebab kita pun tidak tahu penyakit ini. Jadi sekarang kami sebagai petani tidak boleh buat apa dan hanya duduk di rumah sahaja.
"Kami serah kepada kerajaan untuk membantu kami, itu sahaja cara yang ada sebab PKPD ini sampai bulan Disember.
"Bekalan makanan kami tidak tentu sebab kalau keluarga yang bilangan anak beranak dan adik-beradik mungkin makanan cepat habis," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di Kampung Tegudon dan Kampung Nahaba pada Jumaat.
Dalam tinjauan di Kampung Nahaba yang bersebelahan dengan Tegudon pula, penduduk menzahirkan hasrat dan kebimbangan yang sama.
Menurut Tuju Pangkalan, 49, beliau sudah tidak dibenarkan ke sawah padi susulan perintah terbabit.
Selain beliau penduduk lain yang berkebun getah juga katanya tidak dibenarkan melakukan aktiviti menoreh.
Berkenaan bekalan makanan, Tuju berkata, dia mulai bimbang kerana bekalannya hanya cukup untuk seminggu.
"Saya rasa setakat ini kami masih ada makanan sebab kami baru dapat bantuan dari pejabat daerah. Cuma saya harap akan datang ini bagi lagi sebab untuk dua minggu ini saya rasa bekalan makanan memang kurang.
"Penduduk di kampung kami Nahaba dan Tegudon memang tidak bebas lagi untuk keluar begitu juga dengan aktiviti harian seperti menoreh getah dan sawah padi juga tidak dibenarkan.
"Keperluan kami sekarang ini memang sudah tidak terurus, jadi sebarang bantuan kami mohon agar disegerakan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan, bantuan bekalan makanan telah diserahkan kepada penduduk di kedua-dua kampung terbabit.
"Pada Isnin (16 November 2020) pihak kami telah menghantar bantuan bekalan makanan kepada wakil keluarga di kedua-dua kampung terbabit, Kampung Tegudon dan Kampung Nahaba.
"Mengikut perkiraan dan bancian yang telah dilakukan lebih awal, bantuan yang diserahkan tersebut adalah mencukupi sepanjang tempoh dua minggu ini, " kata beliau.
Pada 18 November lalu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan perintah PKPD di dua lokaliti tersebut dilaksanakan selepas 36 kes positif COVID-19 direkodkan sehari sebelum itu.
PKPD dikedua-dua kampung terbabit bermula 20 November hingga 3 Disember ini yang melibatkan seramai 1,740 penduduk.
Astro Awani
Fri Nov 20 2020

Penduduk di dua lokaliti di daerah di Kota Belud yang diletakkan di bawah PKPD mengeluh kerana tidak dapat keluar mencari rezeki. - Gambar Astro AWANI

Polis nasihat semak nombor telefon panggilan yang diterima, elak jadi mangsa penipuan
Seorang peniaga lemang mengalami kerugian sebanyak RM96,930 akibat terpedaya dengan pelaburan yang kononnya dijanjikan untung lumayan.

Tumpuan AWANI 7:45 - Terima suapan sejak 2016 | APMM atur gerak operasi khas
Selepas didakwa 43 pertuduhan rasuah pada Selasa, seorang anggota polis marin didakwa 101 lagi tuduhan rasuah melibatkan lebih RM243 ribu. Perairan selat melaka jadi laluan utama pati ceroboh negara. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Prosiding komital terhadap Lokman Noor Adam didengar 18 Mac
Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair berkata prosiding komital itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

COVID-19: Top Glove | Pengajaran daripada kluster Teratai

Top Glove | Tawar 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.

Majikan, pengusaha kilang perlu proaktif maklum kes COVID-19 kepada PKD
Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan PKD sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.

AWANI Ringkas: Sultan Perak perkenan benar solat di masjid, surau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

PdPR: JAKOA rangka perancangan pastikan murid Orang Asli tidak tercicir
JAKOA juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah yang mempunyai inisiatif sendiri untuk memastikan murid-murid Orang Asli dapat mengikuti proses pembelajaran.

LPT2 sahkan pagar baharu yang diganti turut dirosakkan, dicuri
Astro AWANI melaporkan pagar keselamatan sengaja dirosakkan untuk buka laluan kepada lembu ternakan meragut rumput.

Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Cabaran utama bekerja secara remote adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

COVID-19: Tiga kemungkinan mereka yang disuntik masih dijangkiti - Pakar
Paling utama, kata Prof Emeritus Dr PT Thomas, ada kemungkinan vaksin yang disuntik kepada penerima itu adalah tidak efektif.

Menempuhi dugaan norma pendidikan baharu bersama
Tidak semua ibu bapa dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ketika murid-murid sedang dalam proses PdPR, ada yang bekerja dan dan ada juga yang terpaksa keluar demi kelangsungan hidup.

PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet
Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses PdPR.

Profesor tulang belakang tingkat pencapaian IPT ke peringkat antarabangsa - MPN
Dr Raduan berkata, golongan profesor bukan hanya membantu dalam pendidikan sahaja, tetapi turut terlibat dalam memberi buah fikiran kepada kerajaan.

Keliru dan celaru COVID-19: Sikap mahu jadi orang pertama, punca sebaran berita palsu
Orang ramai perlu bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikongsi selain cakna untuk menyemak segala informasi diterima.

Pengurangan kemudaratan: Vape bukan kaedah wajar ganti ketagihan merokok
Tidak wajar jika kerajaan berhasrat untuk menjadikan vape sebagai salah satu kaedah harm reduction (pengurangan kemudaratan) bagi ketagihan merokok.