awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD masih boleh dilaksanakan sewaktu PKPB sekiranya 'R0' melebihi 1 - Dr Noor Hisham

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/05/2020
10:20 MYT
PKPD masih boleh dilaksanakan sewaktu PKPB sekiranya 'R0' melebihi 1 - Dr Noor Hisham
Jika berlaku penularan di sesebuah lokasi, tempat itu akan ditutup dan PKPD boleh dilaksanakan. - Gambar fail.
Kementerian Kesihatan akan memantau secara terperinci perkembangan proses pembukaan semula sektor ekonomi bermula 4 Mei ini, dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 terus terkawal.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini R0 (R naught) atau kadar kebolehjangkitan di seluruh negara adalah pada kadar 0.7, membawa maksud ia dalam keadaan terkawal dan membolehkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Namun, jelasnya lagi, sekiranya ada penularan baharu berlaku di lokaliti tertentu, sehingga mengakibatkan R0 menyamai atau melebih angka 1, maka berkemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan terus dilaksanakan di lokaliti itu.
“Apabila kita melihat pada tindakan kita sekarang, iaitu PKKB, kita jangkakan R0 masih kurang dari satu, dan itu adalah modeling yang sedang kita laksanakan. Selagi R0 kurang dari satu, kita boleh kawal jangkitan dalam masyarakat.
“Kalau ada contoh penularan di kalangan kilang dan sebagainya, kita juga akan tutup dan laksanakan PKPD.
"PKPD ini bukan hanya pada lokaliti, tapi kita boleh kembangkan kepada satu kampung contohnya, ataupun satu mukim, ataupun satu daerah, ataupun satu negeri jika perlu,” katanya lagi.
Menurus garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya R0 kurang daripada 1, ia bermaksud setiap satu jangkitan sedia ada akan mengakibatkan kurang daripada satu jangkitan baharu, dan akhirnya ia akan hilang sendiri.
Sekiranya R0 menyamai 1, ia bermaksud jangkitan sedia ada akan mengakibatkan satu jangkitan baharu, tetapi tidak akan menyebabkan wabak atau epidemik.
Namun, sekiranya R0 melebihi 1, satu jangkitan sedia ada akan mengakibatkan penularan dan akhirnya menjadi epidemik.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kadar kebolehjangkitan
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#KP Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#PKPB
#PKPD
#R naught
#R0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan