awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Seremban: KPDNHEP beri jaminan bekalan makanan cukup

Bernama
Bernama
08/07/2021
20:38 MYT
PKPD Seremban: KPDNHEP beri jaminan bekalan makanan cukup
Pemandangan udara suasana semasa di Bandaraya Seremban, 7 Julai, 2021. PKPD akan dilaksanakan di lapan mukim di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan mulai 9 hingga 22 Julai. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan memberi jaminan bekalan makanan mencukupi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini bermula hari ini.
Pengarahnya Ain Arjuna Aziz Zaman berkata hasil pemantauan yang dijalankan pegawai penguat kuasa KPDNHEP negeri bersama-sama pegawai pemantau harga mendapati bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi di semua peringkat rantaian perniagaan.
Jelasnya sebanyak 3,010 premis melibatkan 'hypermarket', 'supermarket', 'mini market', kedai runcit, pasar awam dan lain-lain premis perniagaan diperiksa sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
"Pemantauan harian terhadap 151 peruncit terpilih daerah dan 33 pemborong terpilih daerah turut dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata pengguna dinasihati membuat pembelian secara biasa dengan kuantiti yang diperlukan bagi mengelakkan gangguan rantaian bekalan berlaku di daerah ini.
Pengguna juga disarankan membuat pembelian secara dalam talian bagi mengurangkan pergerakan fizikal di premis perniagaan dan boleh menyalurkan aduan melalui Portal e-aduan.kpdnhep (https://eaduan.kpdnhep.gov.my) dan talian di WhatsApp 019-2794317, katanya.
PKPD di seluruh Seremban bermula hari ini hingga 22 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPD
#pembelian panik
#KPDNHEP
#lockdown
#Seremban
#perintah kawalan pergerakan
#dalam talian
#Negeri Sembilan
#Ain Arjuna Aziz Zaman
#pembelian
#pergerakan fizikal
#keperluan asas
#bekalan
#makanan
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan