awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Tiga orang dalam sebuah kereta dibenar untuk tujuan vaksinasi - Ketua Polis Negara

Fareez Azman
Fareez Azman
02/07/2021
10:09 MYT
PKPD: Tiga orang dalam sebuah kereta dibenar untuk tujuan vaksinasi - Ketua Polis Negara
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad temu janji atau SMS kepada petugas di lapangan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu dalam sesebuah kenderaan di lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan vaksinasi.
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, penduduk bagaimanapun perlu menunjukkan janji temu di Aplikasi MySejahtera.
“Penduduk-penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad temu janji atau mesej pesanan ringkas (SMS) kepada petugas di lapangan.
“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran diberikan secara case to case basis,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mulai esok kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di 14 lokaliti sekitar Kuala Lumpur serta di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim.
Arahan pelaksanaan PKPD berkuat sehingga 16 Julai 2021.
Susulan pelaksanaan PKPD, laluan-laluan kawasan itu akan ditutup dan dikawal oleh PDRM dan semua penduduk pula tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah untuk membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari rumah mereka.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#MySejahtera
#14 lokaliti
#Kuala Lumpur
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan