awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPJ ditubuhkan uruskan perumahan, hartanah di Johor

Bernama
Bernama
09/02/2022
20:35 MYT
PKPJ ditubuhkan uruskan perumahan, hartanah di Johor
AYUB: Harapan saya agar PKPJ dapat menjalankan fungsinya dengan pantas, cekap, efisien dan berdaya maju demi memudahkan urusan semua pihak yang terlibat. - Gambar fail BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan menubuhkan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) yang akan menguruskan perumahan dan hartanah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil berkata PKPJ ini akan berfungsi dan beroperasi melalui Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Tahun 1976 yang dikuatkuasakan pada 30 Jan melalui Warta Kerajaan Negeri bertarikh 6 Jan.
Katanya, PKPJ juga bakal menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam merancang, membangun, mengawal dan menguat kuasa semua perkara berkaitan perumahan dan hartanah di Johor.
"Sudah tiba masanya Johor mempunyai sebuah agensi atau badan yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi hal-hal berkaitan pembangunan perumahan, semua tugas dan operasi yang sebelum ini di bawah peranan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan Negeri Johor diserapkan di bawah PKPJ mulai 30 Jan.
"Buat sementara ini, PKPJ beroperasi di Pejabat SUKJ Bahagian Perumahan di Bangunan Datuk Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jelas Ayub lagi, agensi tersebut yang diterajui Pengurus Besar Suhailizan Suliman, adalah satu penyusunan semula struktur organisasi dan merupakan usaha ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Johor.
"Mengambil contoh dan rujukan daripada Housing Development Board (HDB) Singapura, diharap pengurusan, pentadbiran dan pemilikan berkaitan perumahan di Johor yang dipertanggungjawabkan kepada pihak PKPJ akan bergerak lebih rancak dan proaktif.
"Harapan saya agar PKPJ dapat menjalankan fungsinya dengan pantas, cekap, efisien dan berdaya maju demi memudahkan urusan semua pihak yang terlibat sekali gus memastikan tiada rakyat yang terbeban dan seterusnya dapat menyediakan kediaman yang kondusif dan berkualiti selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam menyediakan 'Quality and Value Home' untuk rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#PKPJ
#Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan