PKR akan mencalonkan semula Naib Presidennya, Tian Chua untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun ada dakwaan beliau tidak layak untuk bertanding.
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tian Chua layak untuk bertanding walaupun didenda RM2,000 oleh mahkamah berhubung satu kes jenayah.
Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakiman bertarikh 17 Jun 2010 telah mengenepikan hukuman asal iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang diputuskan oleh Majestret, Mohd Faizi Che Abu.
"Hakim Ghazali telah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan sekiranya denda tidak dibayar.
"Dalam penghakiman tersebut, beliau turut membincangkan persoalan sama (ada) Tian hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen atas alasan denda RM2,000 tersebut.
"Beliau telah memutuskan bahawa Tian kekal sebagai ahli Parlimen dan tidak hilang kelayakan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu turut memetik perenggan 42 penghakiman itu yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Leong YinMeng pada 1993 mengenai perkara yang sama.
Secara mudahnya, kes itu mengatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakan sekiranya denda yang dikenakan ialah "RM2,001 ke atas bukannya bermula daripada RM2,000."
Wan Azizah berpendapat, penghakiman itu telah "dengan jelasnya memutuskan denda RM2,000 tidak menghilangkan kelayakan Tian Chua daripada menjadi Ahli Parlimen."
Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya juga, katanya, telah mengambil maklum perkara itu dan tidak mengambil sebarang langkah untuk menghilangkan kelayakan Tian.
Wan Azizah berharap SPR akan mengarahkan pegawai pengurus di kawasan Parlimen Batu untuk bertindak sewajarnya dalam hal ini.
Astro Awani
Wed Apr 10 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
PRU15: Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru
PH berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini selepas penyandang P. Prabakaran (PH-PKR) meraih kemenangan.
PRU15: MCA 'move on', terima keputusan pucuk pimpinan isu kerusi Parlimen Batu
MCA sudah 'melupakan' insiden tidak puas hati dan menerima keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memberikan kerusi Parlimen Batu kepada MIC pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Batu jadi 'pesta calon' dengan pertandingan 10 penjuru, paling ramai bagi PRU15
Antara calon di kerusi Batu termasuk P Prabakaran (PH), Tian Chua (Bebas), Siti Kasim (Bebas) dan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra (Bebas).
PRU15: MIC nafi MCA, tetap mahu tanding kerusi Parlimen Batu
Sebarang pengumuman berkaitan kerusi dalam Barisan Nasional mesti dilakukan oleh pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRU15: MCA setuju tukar kerusi dengan MIC, tanding Parlimen Batu
MCA telah mencapai persetujuan melakukan pertukaran kerusi bersama MIC di Kerusi Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan.
Rugi RM7.5 juta, tukang keranda kesal jual meteorit pada harga terlalu murah
Batu meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1/2 karbonat Chondrite.
Dua kluster baharu COVID-19 dikesan, satu di Perak, satu di Sabah
KKM memaklumkan terdapat dua kluster baharu dikenal pasti pada Selasa, Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah.
Gombak bertukar status zon kuning, catat penurunan 36 kes aktif
Daerah zon merah berkurang menjadi 8 kawasan berbanding 9 kawasan semalam, selepas Gombak, Selangor mencatatkan penurunan kes aktif COVID-19 kepada 35 kes.
Kota Samarahan kini zon kuning, zon merah berkurang - KKM
Kawasan zon merah kembali berkurangan daripada 10 kawasan kepada 9 kawasan.
Rusuhan bola sepak: Netizen desak FIFA ambil tindakan terhadap Indonesia
Penyokong tuan rumah turut membaling batu, besi, botol dan suar setelah tidak dapat menerima kekalahan Garuda di tangan Harimau Malaya di tempat sendiri.