KULIM: PKR mengambil keputusan untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk di kerusi yang dikhianati wakil rakyat yang telah keluar atau dipecat dari parti berkenaan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu telah dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15 dijalankan membabitkan komponen Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Dalam masa sama, beliau berkata, PKR sangat berpuas hati dengan perkembangan permohonan keanggotaan baharu parti itu yang menunjukkan pertambahan positif saban minggu.
Menurut beliau, antara kawasan Parlimen atau cabang PKR yang menunjukkan peningkatan ketara adalah di Gombak dan Ampang yang sebelum ini dipimpin dua bekas pemimpin tertinggi parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin.
"Minggu lepas saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Keadilan di ibu pejabat parti, saya telah meminta laporan post mortem khusus daripada beberapa Pgarlimen yang berkenaan dan saya sangat berpuas hati terutama macam Ampang dan Gombak.
"Saya sebut bahawa setiap minggu parti akan meluluskan permohonan keanggotaan, agak menarik permohonan anggota baharu yang paling ramai antaranya dari Ampang dan Gombak, makna bila keluar (parti) macam itu, lebih ramai orang masuk," tambah beliau.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Ular, di sini pada Isnin.
Penghujung Februari tahun lalu, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR serta Zuraida (Naib Presiden) dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu juga telah menyebabkan beberapa lagi Ahli Parlimen dan ADUN PKR bertindak meninggalkan parti sekali gus menjadi antara punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan negeri seperti Kedah, Perak, Melaka dan Johor.
Abd Hadi Che Awang
Mon Mar 01 2021
Menurut Datuk Saifuddin Nasution Ismail, keputusan itu telah dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15. - Gambar fail ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution
KDN mempunyai kelebihan dari segi aset yang akan mempermudah operasi pembersihan seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon).
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Perhalusi cadangan hukuman tahanan di rumah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap supaya cadangan kerajaan untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah diteliti dan diperhalusi.