Tun Daim Zainuddin menasihatkan semua peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya membuat kajian pasaran serta menyediakan aliran tunai yang mencukupi sebelum memulakan perniagaan.
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata kebergantungan usahawan Melayu terhadap bantuan kerajaan masih belum berubah walaupun sistem kerajaan lama sudah bertukar.
"Kebanyakan peniaga PKS khususnya usahawan Melayu berasa terlalu berpuas hati dengan tahap pencapaian mereka. Sejarah menunjukkan ini adalah masalah orang Melayu yang jarang berlaku kepada bangsa lain di negara ini.
"Mereka (usahawan Melayu) sebenarnya tidak berasa selesa tetapi sudah terlalu berpuas hati kerana mereka beranggapan perniagaan hanya sekadar satu hobi.
"Menjalankan perniagaan sebenarnya untuk meraih keuntungan dan apabila, kita mendapat untung, sudah pasti kita perlu berkembang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Usahawan-usahawan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Beliau kini dalam jelajah ke seluruh negara untuk berkongsi pengalaman dan memberi pandangan mengenai perniagaan kepada para usahawan.
Selepas perjumpaan dengan usahawan-usahawan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang, jelajah ini akan diteruskan ke Selangor.
Daim yang melakukan lawatan kerja seharinya ke Pulau Pinang, turut melawat Penang Farmer's Field School (FFS) di Institut Pertanian Bumbong Lima, Kepala Batas dan mengadakan perjumpaan bersama pelatih di situ.
Dalam pada itu, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan turut menasihatkan para usahawan agar sentiasa bersedia untuk mengembangkan perniagaan mereka sekiranya mempunyai peluang.
"Berniaga ini bukannya selalu untung, kadang-kadang akan rugi. Inilah sebabnya kita datang nak berjumpa dengan mereka untuk mendengar masalah, membantu mereka dan memberi tunjuk ajar macam mana nak mencapai kejayaan.
"PKS merupakan penyumbang utama pekerjaan dalam negara dan mereka harus diberi bantuan yang sepatutnya. Kita perlu pandu mereka dan tunjukkan jalan. Bila mereka (PKS) untung, negara juga akan untung," katanya.
Dalam laporan September lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui rakan lama dan sekutunya, Daim merupakan seorang individu yang sangat berpengaruh dan peranannya sebagai penasihat serta perunding kerajaan adalah disebabkan kebijaksanaannya dalam bidang perniagaan dan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 14 2019

Dr Mahathir mengakui Daim (gambar) merupakan seorang individu yang sangat berpengaruh dan peranannya sebagai penasihat serta perunding kerajaan adalah disebabkan kebijaksanaannya. - Gambar fail

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

Apakah isu rakyat masih isu sastera?
Munculnya istilah ini menghapuskan realiti lama dengan istilah klasik "miskin pedalaman".

MAHB tawar pakej bantuan baharu kepada peruncit
Menggantikan tawaran yang diumum pada September, yang mana penyewa runcit diberi rebat sewa sehingga 50 peratus selama enam bulan tahun ini.

Geran Khas Prihatin berkesan, perlu ditambah lagi
Prof Dr Azmawani Abd Rahman berkata, aliran tunai dalam kalangan peniaga amat penting dan jika ia terjejas, boleh membawa kepada 'gulung tikar'.

Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021
Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.

Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.

British Airways jual koleksi seni untuk dapatkan dana
Syarikat itu berkata koleksi berkenaan merangkumi karya seni Damien Hirst, Bridget Riley dan Peter Doig, satu daripadanya dipercayai bernilai lebih US$1 juta.

Singapura umum langkah sokong tuan tanah hadapi kekangan aliran tunai
Langkah ini akan membantu tuan tanah dengan komitmen pinjaman mereka yang sedia ada dan meringankan keperluan aliran tunai.

Ranhill catat keuntungan selepas cukai RM18.2 juta suku pertama 2020
Penghasilan pendapatan yang berterusan dilihat sebagai petanda positif untuk syarikat.

RM100 juta untuk biaya syarikat pemula
Syarikat pemula atau startup yang terjejas akibat pandemik COVID-19 kini boleh menarik nafas lega.

Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang
Penguatkuasaan akta sedemikian disifatkan amat penting bagi mengelak timbulnya banyak kes undang-undang.