Kementerian Pendidikan menyasarkan akan mengendalikan 400,000 calon untuk menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi kemasukan murid ke tingkatan satu dan empat di sekolah khusus untuk tahun 2021.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini, dianggarkan 200,000 pelajar akan memohon untuk menduduki kaedah pentaksiran baharu ke sekolah khusus itu bagi mendapatkan tempat ke tingkatan satu dan 200,000 lagi ke tingkatan empat.
Permohonan bagi menduduki PKSK dibuka dalam talian pada 7 Sept hingga 2 Okt ini, katanya.
"Kita sedia maklum mungkin ada kawasan-kawasan yang sukar (mendapatkan) capaian Internet maka sekolah boleh bantu murid tersebut untuk isi permohonan. Semua murid layak memohon," katanya pada taklimat media mengenai PKSP di sini.
Habibah berkata pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara, dan pusat pentaksiran akan ditambah sekiranya jumlah permohonan yang diterima melebihi 200,000 bagi kemasukan ke tingkatan satu atau tingkatan empat.
Pelaksanaan pentaksiran untuk tingkatan satu akan diadakan pada 12 hingga 23 Okt, manakala bagi tingkatan empat pula pada 26 Okt hingga 6 Nov, katanya.
"Ujian ini hanya untuk yang berminat nak masuk ke sekolah khusus, sebab ia bukan macam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). (Kemasukan ke sekolah khusus) perlu melalui saringan dan dipilih melalui ujian pentaksiran," kata Habibah.
Pentaksiran kemasukan sekolah khusus itu akan dilaksanakan merangkumi tiga komponen iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).
Sebanyak 18,364 tempat ditawarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi tingkatan satu, manakala bagi tingkatan empat pula, 26,289 tempat ditawarkan di SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), katanya.
Menurut Habibah, kaedah pentaksiran itu tidak akan membabitkan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana institusi tersebut menguna pakai instrumen sendiri bagi pemilihan murid ke institusi berkenaan iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Mengenai format pentaksiran PKSK, Habibah berkata komponen Artikulasi Penulisan digunakan untuk mengenal pasti kebolehan percambahan idea dan tahap kreativiti serta kecenderungan dalam sesuatu bidang.
"Murid dikehendaki menulis karangan dalam bahasa Melayu berdasarkan tajuk yang diberi. Panjang karangan ialah sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi kemasukan ke tingkatan satu, dan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan bagi tingkatan empat dan mereka diberi tempoh masa 45 minit dengan wajaran skor 10 peratus," katanya.
Di bawah komponen Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual pula, murid dikehendaki menjawab ujian objektif secara dalam talian dengan tempoh masa selama 90 minit.
Komponen Kecerdasan Insaniah mencakupi elemen Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Rohani (SQ) dan Kecerdasan Kemahiran Insaniah digunakan untuk mengenal pasti karakter murid dan mereka perlu menjawab 30 item objektif bergred dengan wajaran skor 20 peratus.
Komponen Kecerdasan Intelek pula mencakupi elemen Kecerdasan Intelektual (IQ), Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah yang digunakan untuk mengukur tahap kognitif murid dan mereka perlu menjawab sebanyak 70 item objektif aneka pilihan dengan wajaran skor 70 peratus.
"PKSK merupakan satu mekanisme saringan pemilihan murid bagi memastikan mereka mempunyai ciri-ciri selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi kecerdasan intelek, emosi dan rohani," katanya.
Ditanya bagaimana murid dipilih untuk masuk ke sekolah aliran tertentu, Habibah berkata pemilihan dilakukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh murid selepas menduduki PKSK.
"Kalau dulu dia memohon secara berasingan tetapi kali ini secara 'single entry point'. Mereka akan ambil pentaksiran dan selepas itu sama ada SBP, SMKA, KV dan sebagainya akan memilih murid berdasarkan pilihan yang telah dibuat," katanya, sambil menambah hanya satu tempat akan ditawarkan bagi setiap calon.
Berkenaan calon PKSK yang didapati positif COVID-19 atau bergejala semasa pelaksanaan PKSK, Habibah berkata PKSK khas akan dijalankan selepas calon disahkan sembuh oleh pengamal perubatan bertauliah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Habibah ketika sesi taklimat mengenai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2021 di Putrajaya, 27 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.