awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Plakad 'daun kunyit habis' curi tumpuan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2024
03:30 MYT
Plakad 'daun kunyit habis' curi tumpuan
Penjual gantung dan lekatkan plakat tertera 'daun kunyit habis' di leher dan kepala.
SHAH ALAM: Pasar basah di kebanyakan tempat menjadi tumpuan utama orang ramai bagi membuat persiapan sempena Aidilfitri pada Rabu.
Malah ada sesetengah pasar raya yang melanjutkan tempoh operasi sehingga awal pagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan pada saat-saat akhir.
Antara premis yang diserbu pelanggan ialah kedai menjual santan segar dan barangan asas untuk menyediakan juadah seperti rendang dan kuah lodeh.
Situasi tersebut hanyalah keadaan biasa menjelang perayaan, namun yang mencuri tumpuan ialah gelagat penjual.
Tular di aplikasi TikTok seorang penjual barangan yang melekatkan plakat di kepala bagi memaklumkan pelanggan mengenai kehabisan bekalan daun kunyit.
Selain itu, ada juga penjual yang menggantungkan plakat tertera 'daun kunyit habis' itu di leher.
Gelagat mereka meraih tumpuan pengguna aplikasi berkenaan yang turut bersetuju dengan tindakan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, @MekAyu berkata, idea tersebut secara tidak langsung memudahkan pelanggan.
"Bila dah penat jawab daun kunyit habis," tulisnya.
@salmiza pula berkata, tindakan itu adalah cara untuk kurangkan bercakap ketika sedang berpuasa.
"Takut terbatal bila banyak cakap," selorohnya.
Setakat Rabu, video yang dimuat naik @annasazemi itu telah meraih tontonan lebih 2.6 juta dengan lebih 193,000 tanda suka. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#Aidilfitri
#aksi menarik
#peniaga santan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan