Platform media sosial besar disifatkan berlesen bermula 2026

Pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) diperlukan mendaftar mulai 1 Januari 2026 dengan MCMC.
CYBERJAYA: Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) bermula 1 Januari 2026, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Ringkasan AI
- Pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) diperlukan mendaftar mulai 1 Januari 2026 dengan MCMC untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia.
- Langkah ini dilaksanakan di bawah Peruntukan Deeming Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan operasi penyedia perkhidmatan dalam kerangka perundangan dan kawal selia negara secara teratur, konsisten, dan berkesan.
- Pendekatan ini bertujuan memastikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna, terutama kanak-kanak dan keluarga, serta memperkukuh akauntabiliti dan pematuhan platform terhadap undang-undang Malaysia.
Pendekatan itu juga selaras dengan kerangka pelesenan yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025, bagi memperkukuh akauntabiliti serta pematuhan platform terhadap undang-undang Malaysia.
MCMC menjelaskan, inisiatif berkenaan turut bertujuan memastikan semua platform terlibat memikul tanggungjawab lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga.
Pelaksanaan Peruntukan Deeming itu melibatkan platform yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, dan hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat bagi penyedia yang telah berlesen.
MCMC turut menegaskan penyedia perkhidmatan terlibat akan terus beroperasi menerusi platform global masing-masing seperti biasa, selaras dengan amalan antarabangsa dalam pengawalseliaan platform dalam talian berskala besar.
Menurut kenyataan itu lagi, MCMC akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan serta agensi penguatkuasaan bagi memperkukuh keselamatan dalam talian demi manfaat semua pengguna di Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


