MALAYSIA
Play True Day 2025: KBS komited kukuh dasar kerangka urus tadbir sukan tangani isu antidoping

Adam Adli (foto) berkata, melalui jawatankuasa ini, atlet bukan sahaja bertindak sebagai duta sukan bersih tetapi juga sebagai ejen perubahan untuk membentuk budaya integriti di semua peringkat sukan negara. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menganjurkan sambutan Play True Day 2025 sebagai simbol komitmen memperkukuh budaya sukan bersih dan berintegriti di Malaysia.
Ringkasan AI
- KBS dan ADAMAS menganjurkan sambutan Play True Day 2025 untuk memperkukuh budaya sukan bersih dan berintegriti di Malaysia.
- Sambutan ini menyasarkan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai segmen termasuk atlet elit, jurulatih, pegawai sokongan, pelajar institusi pendidikan tinggi, dan komuniti akar umbi.
- KBS dan ADAMAS komited memperkukuhkan dasar urus tadbir sukan yang berintegriti, termasuk pendidikan antidoping di sekolah sukan dan IPT serta perkongsian data dan amalan terbaik.
"Mereka mewakili negara atau negeri atau daerah anda. It's something bigger than yourself," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim dalam ucapan pelancaran Majlis sambutan Play True Day 2025, di sini, hari ini.
Sambutan ini menyasarkan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai segmen termasuk atlet elit, atlet pelapis dan para atlet, jurulatih, pegawai sokongan, pegawai perubatan sukan, persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negeri, pelajar institusi pendidikan tinggi, pelajar sekolah sukan serta ILKBS.
Komuniti akar umbi, peminat sukan, agensi kerajaan, NGO, serta sektor swasta yang berkait dengan bidang sukan dan kesihatan turut menjadi sasaran penyertaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, KBS Bersama ADAMAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan dasar kerangka urus tadbir sukan yang berintegriti untuk mencapai matlamat khususnya atlet-atlet di negara ini sentiasa menjaga integriti mereka dengan tidak mengamalkan doping.
"Antara langkah yang diambil termasuklah pendidikan antidoping di semua sekolah sukan dan IPT khususnya.
"Kita juga melaksanakan perkongsian data dan amalan terbaik antara ADAMAS dan bandar-bandar sukan kebangsaan dan kita sokong penyelidikan tempatan berkaitan suplemen bahan tercemar dan intervensi suplemen bagi pencegahan doping.
"Semua ini perkara yang sedang diusahakan oleh ADAMAS. Penubuhan Jawatankuasa Atlet merupakan langkah inklusif bagi membabitkan suara atlet dalam dasar dan pelaksanaan pendidikan antidoping," ujarnya lagi.
Tambahnya, melalui jawatankuasa ini, atlet bukan sahaja bertindak sebagai duta sukan bersih tetapi juga sebagai ejen perubahan untuk membentuk budaya integriti di semua peringkat sukan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami