Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memantapkan operasi lebuh raya kendaliannya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sewaktu musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.
Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail dalam kenyataan pada Jumaat berkata PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang di beberapa plaza tol utama lebuh raya dipatuhi serta untuk bantuan kecemasan.
Jelasnya bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan kad Touch 'n Go mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya, dan PLUS turut menempatkan kira-kira 2,900 kakitangan dalam eko-sistem PLUS di lebuh raya.
"Penggunaan dron untuk membuat pemantauan trafik di lokasi strategik di lebuh raya juga dilakukan selain menutup operasi lorong tambah nilai di plaza tol untuk membendung penularan COVID-19 melalui intervensi terus dalam kalangan kakitangan dan pelanggan lebuh raya," katanya.
Katanya pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya yang ketat berikutan dalam tempoh PKPB orang ramai dilarang melakukan perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan dan hanya perjalanan dalam negeri yang dibenarkan, dan anggota PLUSRonda juga akan mengadakan rondaan di sepanjang lebuh raya.
Azman berkata pihaknya menjangkakan kira-kira sejuta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendalian syarikat sepanjang Syawal tahun ini.
"Kami menyokong sepenuhnya inisiatif daripada pihak berkuasa sebagai langkah untuk membendung penularan COVID-19," katanya.
Katanya orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, aplikasi PLUS Mobile, papan tanda elektronik dan laporan trafik menerusi stesen radio utama.
"Orang awam juga boleh menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya selain boleh berinteraksi dengan 'PUTRI', virtual PLUS chatbot untuk maklum balas berkaitan perkhidmatan lebuh raya menerusi laman web PLUS (www.plus.com.my), portal PLUSMiles (www.plusmiles.com.my), dan Aplikasi PLUS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
PLUS mantapkan operasi lebuh raya kendaliannya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sewaktu musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh PKPB. -Gambar fail
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
KPDN Kelantan pantau jualan kurma Israel
Bagaimanapun, pihak KPDN Kelantan belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu itu setakat ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
PRK Simpang Jeram: BN-PH lancar gerakan besar-besaran dekati rakyat
UMNO Bahagian Bakri bertekad membantu calon Amanah yang akan bertanding, sekali gus memastikan mereka menang PRK tersebut.
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
KPDN laksana Op Terjah pantau harga di bazar Ramadan
KPDN Kelantan akan melakukan Op Terjah di bazar Ramadan bagi memantau peniaga yang menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.
KPDN Kelantan rekod rampasan hampir RM5.7 juta kes barang kawalan
Jumlah kes tersebut melibatkan rampasan minyak masak paket bersubsidi, gula, tepung gandum, kenderaan, petrol dan diesel dengan nilai denda keseluruhan RM203,300.
Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir - KPDNHEP Kelantan
Tindakan itu dilakukan sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang dijangka tidak lama lagi.
KPDNHEP Kelantan rampas 1,041kg minyak masak bersubsidi
Rampasan dilakukan dalam Operasi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di sekitar sempadan pada jam 11.40 pagi.
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.