awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba

Bernama
Bernama
14/02/2025
13:32 MYT
PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu Menteri Luar Cuba untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Cuba sempena ulang tahun ke-50 diplomatik.
  • Mereka membincangkan kerjasama dalam industri halal, kesihatan, perdagangan, ASEAN, BRICS, dan isu Gaza.
  • Anwar menjemput Presiden Cuba untuk melawat Malaysia bagi mengeratkan hubungan dua hala.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.
"Kami sempat berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
"Dalam pertemuan itu, saya menitipkan jemputan kepada Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel untuk berkunjung ke negara ini bagi merapatkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama ini," katanya.
Parrilla berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu ini (12-15 Feb).
Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada 2 Mac 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#pertemuan
#Menteri Luar Cuba
#Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan