awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar akan adakan perjumpaan dengan Rubio pada Khamis

Bernama
Bernama
09/07/2025
04:54 MYT
PM Anwar akan adakan perjumpaan dengan Rubio pada Khamis
Ketibaan diplomat tertinggi AS itu pada Khamis menandakan lawatan sulung beliau ke Asia sejak memegang jawatan awal tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Khamis.
"Saya akan berjumpa dengannya esok," katanya ringkas ketika ditanya mengenai Rubio yang akan berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN-Amerika Syarikat, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-32, yang dijadualkan pada 10-11 Julai.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Rabu.
Ketibaan diplomat tertinggi AS itu pada Khamis menandakan lawatan sulung beliau ke Asia sejak memegang jawatan awal tahun ini.
Beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Anwar.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa Rubio turut dijangka mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan kerajaan Malaysia semasa lawatan itu, dengan tumpuan memperkukuh komitmen AS dalam memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Marco Rubio
#Marco Rubio jumpa PM Anwar pada Khamis
#Setiausaha Negara AS Marco Rubio
#ASEAN 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan