awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha

Bernama
Bernama
14/06/2024
09:00 MYT
PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.- Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota, semalam.
Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.
"Semoga masyarakat Indera Mahkota dapat menjalani ibadah korban pada tahun ini dengan penuh kesyukuran, insya-Allah," menurut catatan itu.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Isnin depan (17 Jun).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Aidiladha
#Ibadah Korban
#sumbangan
#Indera Mahkota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan