awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang

Bernama
Bernama
02/03/2025
13:53 MYT
PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang
Sumbangan itu disampaikan Ahmad Farhan kepada Saluna ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Cherating, Kuantan, dalam siri Ziarah MADANI. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Saluna Mat Jusoh ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Cherating, Kuantan, dalam siri Ziarah MADANI.
"Pendapatan suaminya, Encik Hasim sebagai nelayan hanya sekitar RM1,000 sebulan dan dia turut berdepan dengan keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk turun ke laut.
"Saya juga dimaklumkan oleh Pegawai Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota mengenai keadaan rumahnya yang uzur melibatkan atap bocor, dinding mereput dan keadaan dapur yang daif menjadikan rumah ini bukan lagi tempat berteduh selesa buat mereka sekeluarga.
"Lantaran itu, saya hadir untuk menghulurkan harapan agar rumah Puan Saluna sekeluarga dapat dibaik pulih agar ia lebih selesa dan selamat untuk mereka sekeluarga," kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri.
Ahmad Farhan berharap bantuan itu dapat memberikan sedikit kelegaan buat mereka sekeluarga kerana dalam negara MADANI, setiap rakyat berhak hidup dengan lebih selesa dan bermaruah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#wang tunai
#pendapatan terhad
#atap bocor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan