awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bertemu Bilal Erdogan

Bernama
Bernama
07/12/2022
04:15 MYT
PM Anwar bertemu Bilal Erdogan
Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan (kanan) sempena kunjungannya ke Kuala Lumpur. -Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa.
Melalui hantaran di laman Facebooknya hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan diadakan sempena kunjungan Bilal ke Kuala Lumpur.
"Insya-Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat," kata Perdana Menteri yang turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.
Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. InshaAllah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki terus dipererat. pic.twitter.com/FCultDt3ck
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 7, 2022
Bilal ialah anak kedua Erdogan dan merupakan seorang ahli perniagaan.
Erdogan antara pemimpin dunia terawal yang mengucapkan tahniah kepada Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.
Dalam perbualan telefon selama kira-kira 10 minit antara kedua-dua pemimpin itu, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#Bilal Erdogan
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan