awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar cakna suara masyarakat India - Ramanan

Bernama
Bernama
28/11/2024
11:43 MYT
PM Anwar cakna suara masyarakat India - Ramanan
Ramanan selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Francais (LPF) Bilangan 1/2024 hari ini. - Gambar KUSKOP
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan akan mengusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya peruntukan kepada komuniti India ditingkatkan pada tahun depan.
Ramanan berkata ketika ini, beliau sedang mengumpul maklum balas daripada komuniti India mengenai jumlah peruntukan diperlukan bagi program pemerkasaan sosioekonomi komuniti India pada tahun depan.
Menurutnya, tahun ini, peruntukan tambahan (komuniti India) sebanyak RM136 juta yang tiada dalam Belanjawan 2024 diusahakan Ramanan melalui kementerian dengan sokongan dan bantuan daripada Perdana Menteri dan menteri KUSKOP.
"Kerajaan mendapat maklum balas yang baik daripada komuniti India mengenai peruntukan yang diberikan. Mungkin Perdana Menteri akan meningkatkan peruntukan bagi tahun hadapan.
"Oleh itu, kami sedang mengumpul maklum balas untuk dibentangkan kepada kerajaan dan berharap Perdana Menteri akan mempertimbangkannya susulan arahan beliau untuk memperbanyakkan program keusahawanan komuniti India," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Francais (LPF) Bilangan 1/2024 di sini hari ini.
Menurutnya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar telah memberi peruntukan tambahan RM136 juta secara keseluruhan untuk komuniti India di negara ini dalam tempoh empat bulan lepas yang membuktikan usaha dan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasa kaum India.
Beliau berkata ini meliputi tambahan RM50 juta bagi Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan RM60 juta secara keseluruhan untuk SPUMI serta geran padanan RM6 juta melalui Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP).
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#skim pembiayaan
#Belanjawan 2025
#kaum india
#BRIEF-i
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan