awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/06/2024
04:33 MYT
PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah
Perdana Menteri Anwar dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) oleh Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 penerima Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang Serta Pingat-Pingat Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-82, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.
Dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Ahli Parlimen Tambun itu dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
Sementara itu, Sultan Sallehuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (S.S.P.K.) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman yang membawa gelaran Dato' Seri Pahlawan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali menerusi satu kenyataan memaklumkan tiga individu dianugerahkan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.W.K.) yang membawa gelaran Dato' Wira iaitu Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan.
Tambahnya yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat, Negeri Kedah Darul Aman, baginda turut berkenan untuk mengurniakan Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) yang membawa gelaran Dato' kepada tiga individu termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat.
Sultan Sallehuddin turut mengurniakan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) kepada sembilan orang penerima, Darjah Dato' Setia Pahlawan (D.D.S.P.) kepada empat orang penerima dan Setia Diraja Kedah (S.D.K.) kepada 13 orang penerima.
Dalam pada itu, Norizan turut menyatakan bahawa baginda juga memperkenankan Penganugerahan Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) kepada 32 orang penerima, Ahli Setia Pahlawan (A.S.P.) kepada 11 orang penerima dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K.) kepada 15 orang penerima.
Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) turut dianugerahkan kepada 52 orang penerima; Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K.), 20 orang penerima; Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (P.C.K.), 35 orang penerima; Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), 19 orang penerima dan Pingat Perkhidmatan Lama (P.P.L.), 20 orang penerima.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#darjah kebesaran Kedah
#Hari Keputeraan Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan