awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar dijangka rasmi AMMTC ke-19 di Melaka hari ini

Bernama
Bernama
09/09/2025
01:30 MYT
PM Anwar dijangka rasmi AMMTC ke-19 di Melaka hari ini
AMMTC ke-19 dan mesyuarat berkaitan diadakan sempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan', mencerminkan komitmen negara untuk membina komuniti ASEAN yang lebih selamat serta makmur. --fotoBERNAMA
MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 hari ini, menandakan bermulanya perbincangan peringkat tinggi bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani jenayah rentas sempadan.
Perdana Menteri dijangka menyampaikan ucapan pembukaan pada 4.30 petang, diikuti ucapan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merangkap Pengerusi AMMTC tahun ini.
Mesyuarat yang berlangsung di sebuah hotel di sini akan dihadiri pemimpin AMMTC dan delegasi dari negara anggota ASEAN, Timor-Leste serta rakan dialog China, Jepun dan Korea Selatan.
Agenda hari ini akan melibatkan siri mesyuarat persediaan yang membabitkan pegawai kanan negara anggota ASEAN, serta rundingan dengan rakan dialog bagi memperincikan hal perbincangan sebelum sesi pleno.
Pada 4 Sept lepas, Saifuddin Nasution menyifatkan AMMTC bukan sekadar siri mesyuarat, sebaliknya platform strategik yang menghimpunkan menteri-menteri ASEAN untuk berbincang, menyelaras dan memperkukuh kerjasama serantau dalam membanteras ancaman jenayah yang semakin kompleks.
Melaka menjadi tumpuan serantau pada minggu ini apabila menteri-menteri ASEAN dan pegawai kanan yang bertanggungjawab dalam keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang berhimpun dari 8 hingga 12 Sept bagi menghadiri AMMTC Ke-19 dan mesyuarat berkaitan.
Program lima hari itu menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani pelbagai ancaman jenayah rentas sempadan.
AMMTC ke-19 dan mesyuarat berkaitan diadakan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' yang mencerminkan komitmen negara untuk membina komuniti ASEAN yang lebih selamat serta makmur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMMTC ke-19
#Anwar Ibrahim
#Melaka
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan