awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, Elon Musk dijangka rasmi ibu pejabat Tesla-Malaysia di Cyberjaya tidak lama lagi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/08/2023
02:20 MYT
PM Anwar, Elon Musk dijangka rasmi ibu pejabat Tesla-Malaysia di Cyberjaya tidak lama lagi
Elon Musk dijangka ke Malaysia untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini. - Foto fail/REUTERS
KUALA TERENGGANU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan Space X, Elon Musk dijangka ke Malaysia untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri semasa menyampaikan ceramah pada Jelajah Perpaduan MADANI di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, pada Rabu.
"Selang dua... tiga minggu selepas pertemuan (menerusi maya), ketua rantau Asia jumpa saya. Dia kata, Prime Minister, kami sudah membeli bangunan besar di Cyberjaya untuk ibu pejabat dan dijangka siap akhir September atau Oktober ini.
"Kami minta Perdana Menteri merasmikan, saya cakap boleh tapi dengan syarat Elon Musk datang, kami rasmi sekali," kata beliau.
Dalam satu pertemuan secara maya, Musk menyatakan persetujuan menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.
Usahawan bilionair itu turut bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini.
Dalam perbincangan maya bersama Musk juga, Anwar berkata, dua lagi syarikat milik Musk iaitu syarikat aeroangkasa, SpaceX dan Stalink yang juga penyedia internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pendaman rendah yang dikendalikan SpaceX juga bercadang jadikan Malaysia sebagai hab syarikat berkenaan.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia memberi ruang awal kepada SpaceX berbanding negara-negara lain.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Anwar Ibrahim
#Tesla Inc
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan