awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera

Bernama
Bernama
07/01/2025
15:45 MYT
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa GLIC dan GLC untuk memberi cadangan kukuh bagi memperkasa ekonomi bumiputera.
  • Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) membincangkan pemerkasaan syarikat bumiputera melalui mySTI dan Wakaf MARA MADANI.
  • MEB memastikan keberkesanan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dipantau sebagai agenda nasional.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kalangan pemimpin itu juga berperanan dalam mengerakkan prakarsa atau usaha berkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera.
Beliau menegaskan perkara itu menerusi hantaran di laman X hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025.
Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, MEB telah membincangkan kertas-kertas berkaitan pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI dan hala tuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.
"Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GLIC
#GLC
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#pembangunan ekonomi Bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan