MALAYSIA
PM Anwar gesa GLIC tingkat pelaburan dalam usaha kurangkan jurang digital

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam usaha untuk mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat-pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam usaha untuk mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa syarikat GLIC tingkatkan pelaburan untuk kurangkan jurang digital rakyat bandar dan luar bandar.
- Anwar tekankan transformasi digital dan AI mesti memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, bukan hanya golongan bernasib baik.
- Beliau hargai inisiatif CelcomDigi CD\:NXT yang melahirkan tenaga mahir AI dan menyokong pembangunan digital negara.
"Apa erti kita bicarakan soal connectivity (ketersambungan), 4G dan 5G, kita bicarakan soal kecerdasan buatan (AI), kemudian langsung tidak ada kaitan dengan majoriti rakyat kita yang terpinggir.
"AI dan transformasi digital harus juga menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang disebut jurang digital antara kelompok yang bernasib baik di bandar dengan kelompok miskin bandar, desa dan pedalaman," kata beliau ketika melancarkan program CelcomDigi CD:NXT, CelcomDigi Hub, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Dalam pada itu, Anwar turut melahirkan penghargaan terhadap CelcomDigi yang melaksanakan inisiatif CD:NXT untuk melahirkan generasi profesional yang mahir dalam AI dan bersedia meneraju transformasi digital negara.
"Inisiatif korporat CD:NXT CelcomDigi ini akan memenuhi sebahagian daripada keperluan kita, kerana sebagai syarikat yang besar CelcomDigi berperanan mengangkat martabat negara dalam bidang telekomunikasi, digital, dan AI.
"Itu sebabnya sekali lagi saya ucap terima kasih (kepada) CelcomDigi, kerana pelbagai cadangan saya kemukakan, saya minta CelcomDigi pilih sekolah angkat, pilih kampung angkat, saya minta bagi kemudahan-dan latihan dan CelcomDigi beri sambutan yang sangat baik," kata beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami