MALAYSIA
PM Anwar gesa isu sempadan Thailand-Kemboja diselesaikan melalui JBC

Anwar turut berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini keadaan di sempadan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar isu yang belum selesai di antara Thailand-Kemboja di bawa ke meja rundingan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Thailand dan Kemboja menyelesaikan pertikaian sempadan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).
- Anwar telah berhubung dengan pemimpin kedua-dua negara dan menekankan dialog ASEAN sebagai jalan terbaik.
- Konflik terbaru di sempadan menyebabkan 23 warga Kemboja cedera selepas tindakan polis dan tentera Thailand.
Tambah beliau lagi, Malaysia turut optimis semangat dialog antara negara ASEAN adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan pertikaian.
“Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian,” ujarnya lagi.
Pada pagi Anwar mengesahkan telah menghubungi Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul untuk membincangkan berkenaan konflik di sempadan.
Terdahulu, polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ke arah orang awam Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
Kemboja pula mendakwa pihak tentera Thailand menghalang lebih 20 keluarga rakyatnya untuk kembali ke kediaman mereka di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
Dakwaan itu dikemukakan Hun Manet menerusi sepucuk surat rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam surat berkenaan, Hun Manet menuduh Thailand memperluaskan kawasan konflik dengan memasang kawat berduri, membuat sekatan serta menghalau rakyat Kemboja dari tanah yang diduduki mereka sejak sekian lama.
Menurut pihak berkuasa kedua-dua negara, ia adalah kes paling serius sejak gencatan senjata diisytiharkan pada 28 Julai, mengakibatkan sekurang-kurangnya 23 warga Kemboja cedera.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami