awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hadiri mesyuarat AZEC dan bertemu diaspora Malaysia di Tokyo

Bernama
Bernama
18/12/2023
02:00 MYT
PM Anwar hadiri mesyuarat AZEC dan bertemu diaspora Malaysia di Tokyo
Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di Tokyo, pada Ahad. Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar Bernama
TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan diaspora Malaysia di Jepun pada hari terakhir lawatan kerja lima hari beliau ke Jepun pada Isnin.
Mesyuarat pemimpin AZEC itu dijadualkan bermula pada 10 pagi (waktu tempatan) di pejabat Perdana Menteri Jepun.
AZEC merupakan platform kerjasama yang bertujuan memajukan neutraliti karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.
Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga AS$8 bilion sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh diperbaharui dan inisiatif penjimatan tenaga, negara anggota AZEC.
Negara-negara AZEC termasuklah Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.
Selepas mesyuarat itu, Anwar akan menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jepun pada 11:30 pagi di Keidanren-kaikan.
Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga kemudiannya dijadualkan untuk menghadiri majlis minum teh pemimpin ASEAN yang dihoskan Mahajara Naruhito di Istana Imperial di Chiyoda pada 4 petang.
Selepas itu Perdana Menteri akan bertemu dengan diaspora Malaysia pada 5 petang di Hotel Imperial.
Anwar disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dijadualkan mengadakan sidang media bersama media Malaysia pada 5.45 petang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#mesyuarat AZEC
#diaspora Malaysia di Jepun
#lawatan kerja PM ke Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan