awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hulur sumbangan kepada kanak-kanak hidap sakit jantung

Bernama
Bernama
02/05/2025
15:15 MYT
PM Anwar hulur sumbangan kepada kanak-kanak hidap sakit jantung
Ahmad Farhan berkata sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang perlu dilalui keluarga berkenaan. - Gambar Facebook Ahmad Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Ayyash Waseem Mohd Fuad, yang menghidapi masalah jantung sejak lahir.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada bapa kanak-kanak tersebut Mohd Fuad Abd Malek sewaktu menziarahi keluarga berkenaan di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
Berkongsi perkara itu di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang perlu dilalui keluarga berkenaan.
"Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban dan semoga anak ini terus kuat melawan ujian kesihatan yang dihadapinya," katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri.
Ahmad Farhan berkata Mohd Fuad mengusahakan tanaman bunga kantan untuk menampung kos rawatan Ayyash Waseem yang mencecah RM600 sebulan, selain keperluan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.
"Saya turut difahamkan baru-baru ini Ayyash telah selesai menjalani prosedur pembedahan melibatkan jantungnya. Insya-Allah, satu lagi pembedahan dijadualkan ketika anak ini berusia lima tahun nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#bunga kantan
#masalah jantung
#tanda keprihatinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan