Skip to main content

Malaysia

PM Anwar, isteri ucap takziah kepada Nancy atas pemergian suami

Kamil Misuari,
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari petang tadi. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Nancy dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu.

“Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya,” kata beliau.

Terdahulu, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di sini petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement