awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
Banjir: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis belum beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu kes tembak dan kematian dalam tahanan disiasat telus

Bernama
Bernama
05/12/2025
08:15 MYT
PM Anwar mahu kes tembak dan kematian dalam tahanan disiasat telus
Anwar (tengah) menyokong tindakan tegas PDRM terhadap penjenayah, sambil menegaskan perlunya siasatan terbuka terhadap aduan salah laku atau ketidakpatuhan prosedur. -Foto Bernama
CYBERJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka, serta kes kematian dalam tahanan di negara ini.

Ringkasan AI
  • Polis Diarah Jalankan Siasatan Telus Berhubung Insiden Tembakan di Durian Tunggal, Melaka
  • Perdana Menteri Sokong Ketegasan PDRM dalam Ambil Tindakan terhadap Penjenayah
  • Media Laporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo Desak AGC Jelaskan Dakwaan Kematian Pemandu Lori dalam Tahanan

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Jemaah Menteri mengalu-alukan ketegasan PDRM dalam mengambil tindakan terhadap penjenayah serta sebarang pelanggaran undang-undang.
Namun, beliau menegaskan setiap aduan berkaitan salah laku atau ketidakpatuhan prosedur dalam kes berkenaan mesti disiasat secara terbuka.
"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara meneruskan siasatan secara telus dan tidak melindungi sesiapa.
"Kita tidak melindungi penjenayah, tetapi kita juga tidak melindungi sebarang tindakan, termasuk oleh anggota polis, yang bertentangan dengan proses negara hukum," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10, di sini, hari ini.
Anwar berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyampaikan laporan yang terperinci, telus, terbuka dan profesional kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kes itu.
Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki yang ditembak mati di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov lepas, yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
Pada tarikh sama, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan tiga penjenayah berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat koperal, berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
Kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta.
Sementara itu, media melaporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh PDRM berhubung insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka? A: PDRM diarah melaksanakan siasatan secara telus, terbuka, dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka.
  • Q: Apakah respons Perdana Menteri berkenaan tindakan PDRM terhadap penjenayah? A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong ketegasan PDRM dalam mengambil tindakan terhadap penjenayah serta sebarang pelanggaran undang-undang.
  • Q: Siapakah yang menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menjelaskan dakwaan kematian pemandu lori dalam tahanan polis? A: Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa AGC untuk menjelaskan dakwaan berhubung kematian seorang pemandu lori dalam tahanan polis.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PDRM
#Kes Tembak
#siasatan telus
#Durian Tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan