awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu MoF digeruni kerana prinsip tata kelola tegas

Bernama
Bernama
07/03/2023
02:32 MYT
PM Anwar mahu MoF digeruni kerana prinsip tata kelola tegas
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas.
Berucap pada majlis perhimpunan MoF, di sini, hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.
Beliau berkata, warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.
"MoF perlu digeruni kerana tata kelola yang tegas," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.
"Saya harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda," kata Anwar.
Anwar berkata, MoF harus memantau prinsip kewangan yang lebih telus kerana ia satu misi besar kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
"Soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas, maka negara akan gagal," katanya menambah Kerajaan Perpaduan pimpinannya tekad untuk membangunkan Malaysia supaya menjadi hebat bukan sahaja di rantau ini, malah di dunia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Kementerian Kewangan
#MoF digeruni
#prinsip tata kelola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan