PUTRAJAYA: Golongan penjawat awam diminta bersabar berhubung soal kenaikan gaji kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, tindakan itu perlu dilihat secara menyeluruh selain perlu melihat kepada kedudukan ekonomi serta hutang negara.
"Masalah kita hutang ada sebanyak RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus dan kalau kita tambah gaji defisit jadi 6.5 peratus. Kesannya tiada pelabur luar akan datang melabur di negara kita.
"Jadi saya mohon sabarlah sekejap kerana kita cuba curahkan daripada apa hasil yang kita ada," katanya ketika sidang media selepas menghadiri Forum Antarabangsa mengenai Islamofobia di Putrajaya pada Isnin.
Mengulas lanjut, Anwar turut berkata, isu kemiskinan tegar juga perlu diutamakan selari dengan usaha kerajaan untuk menoktahkan masalah berkenaan.
"Apakah tidak penting untuk kita selamatkan orang miskin tegar yang lebih teruk daripada semua pekerja-pekerja yang ada?
"Bagi saya, pesawah padi, pekebun getah, dan nelayan ini semua golongan miskin tegar kerana mereka semua ini nak hidup memang susah," katanya lagi.
Baru-baru ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menzahirkan kekecewaan apabila Belanjawan 2023 yang baharu dibentangkan dilihat tidak mampu menyelesaikan tekanan kos sara hidup yang didepani penjawat awam.
Malah Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata tiada sebarang komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.
Hilmi Malik
Mon Feb 27 2023
Menurut Anwar, tindakan itu perlu dilihat secara menyeluruh selain perlu melihat kepada kedudukan ekonomi serta hutang negara.- Fail/BERNAMA
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
[TERKINI] Malaysia mengalu-alukan resolusi UNGA
Malaysia mengalu-alukan penerimaan pakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Khas Darurat Kesepuluh yang disambung semula pada 10 Mei 2024.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Sebuah video serangan ke atas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Peranti seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin didakwa mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.