awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup

Bernama
Bernama
09/05/2024
10:45 MYT
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Ketibaan Anwar pada 3.37 petang disambut Ahmad Samsuri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini.
Ketibaan Anwar pada 3.37 petang disambut Ahmad Samsuri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.
Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan negeri.
Taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit itu, turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Anwar selepas ini dijadualkan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#pertemuan tertutup
#Menteri Besar Terengganu
#Ahmad Samsuri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan