Skip to main content
Advertisement

Malaysia

PM Anwar mulakan jelajah Diplomasi MADANI selama tiga hari ke China

PM Anwar
Anwar berharap lawatan kerja selama tiga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membuahkan hasil yang positif buat kedua-dua negara. - Foto FB Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan jelajah Diplomasi MADANI menerusi lawatan kerja selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan Premier China, Li Qiang.

Anwar berkata, beliau dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bagi memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik antara Malaysia dan China.

“Selain mesyuarat dua hala, pertemuan bersama wakil syarikat-syarikat terkemuka bakal diadakan demi menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Malaysia,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Di Shanghai, Perdana Menteri turut dijadual menghadiri WorldSkills Competition Shanghai 2026.

Menurutnya, kehadiran itu bagi memberikan sokongan secara langsung kepada peserta Malaysia yang bakal bersaing dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Di Hangzhou pula, Anwar dijadual menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE).

Malaysia merupakan antara negara tetamu kehormat yang dijemput kerajaan China untuk menyertai ekspo berkenaan.

“Moga lawatan kerja selama tiga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membuahkan hasil yang positif buat kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya.


 

Must Watch Video

Advertisement