PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Kerajaan Perpaduan tidak tegas terhadap permasalahan rasuah susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Isu yang dibangkitkan konon kita longgar terhadap permasalahan rasuah, itu tidak benar," katanya.
Beliau berkata proses badan kehakiman itu diteruskan dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memberi kata dua kepada beliau berhubung keputusan terhadap Najib itu.
"Ada hak dia (Najib) atau parti, supaya Perdana Menteri dan Lembaga Pengampunan beri pertimbangan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Anwar berkata banyak perkara yang perlu diutamakan Kerajaan Perpaduan antaranya berhubung soal ekonomi dan penyelarasan gaji penjawat awam.
Perdana Menteri berkata soal tatakelola dan penegasan terhadap membanteras rasuah itu dilaksanakan secara menyeluruh dan pentadbiran hari ini, tidak ada langsung pendirian untuk berundur.
"Paling kuat saya diserang apabila mengarahkan semua agensi tegas supaya dapat selamatkan negara dari kecurangan pemimpin-pemimpin, menggeledah dan memunggah kekayaan luar biasa," katanya.
Beliau berkata penjawat awam perlu memberi kerjasama sepenuhnya dalam memerangi rasuah untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai salah guna kuasa dan pemunggahan kekayaan supaya dapat meningkatkan semula keyakinan rakyat serta hasil negara.
"Kalau dapat selamatkan RM10 bilion hingga RM20 bilion, bukan untuk perbaiki rumah Perdana Menteri atau elaunnya. Apa yang kita dapat daripada pulangan itu, kita kembalikan kepada rakyat, noktahkan kemiskinan, beri pendidikan bermutu, selamatkan anak-anak daripada semua kaum, agama, wilayah. Jadi tidak lagi kita bergaduh soal peruntukan kecil," katanya.
Beliau mengakui kehilangan hasil dari ketirisan minyak mentah dan diesel masih belum terkawal sepenuhnya malah terdapat kelompok kecil di peringkat tertentu termasuk di sempadan, pelabuhan dan bahagian percukaian masih meneruskan aktiviti rasuah.
Anwar berkata tekad kerajaan dapat dilihat dengan tindakan tegas diambil oleh badan penguat kuasa antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam perkara memerangi rasuah dan penyelewengan.
Beliau berkata sebagai contoh, tindakan SPRM yang membuka kertas siasatan terhadap isu melibatkan Spanco Sdn Bhd, sebuah syarikat tunggal yang memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.
"Tindakan, sikap saya keras terhadap Spanco itu sejak saya jadi Menteri Kewangan dahulu.
"Jadi siasat, saya tidak tahu di mana salahnya tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara, saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam tetapi kita lesu, tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak," katanya.
Untuk rekod sejak 1993, Spanco Sdn Bhd memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan, namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.
Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu, bagaimanapun, LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.
Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi.
Tindakan itu mendorong SPRM membuka siasatan terhadap isu terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja JPM Bagi Bulan Februari 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. --fotoBERNAMA
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Inisiatif itu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak bertanggungjawab perlu telus’ - PM Anwar
Anwar menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak DRT oleh Kerajaan Selangor.
HAWANA 2024 menutup tirai dengan kejayaan baharu
Persidangan membicarakan 11 topik yang selari dengan temanya, Evolusi Media dalam Era Digital.
Ekonomi Islam perlu sejajar dengan Maqasid Syariah - PM Anwar
Anwar berkata ia juga harus diperluas kepada cabaran baharu industri antaranya sekuriti makanan, sektor digital, AI serta prinsip keadilan.
PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.
PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar SPM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang hari ini dan meminta mereka yang kurang cemerlang agar tida
Subsidi bersasar diesel: Muhyiddin dakwa Anwar tak tahu apa perlu dilakukan
Muhyiddin berkata, ramai yang mempersoalkan kesan penarikan balik subsidi diesel ke atas kenaikan harga barang dan kos sara hidup.