awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pelawa UK tambah pelaburan terutama dalam semikonduktor, infrastruktur hijau

Bernama
Bernama
11/07/2025
13:15 MYT
PM Anwar pelawa UK tambah pelaburan terutama dalam semikonduktor, infrastruktur hijau
Pelawaan itu disuarakan oleh Anwar ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar UK, David Lammy di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari United Kingdom (UK) khususnya dalam sektor semikonduktor dan infrastruktur hijau melalui Agenda Perindustrian Global (APG).
Pelawaan itu disuarakan oleh Anwar ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar UK, David Lammy di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
"Malaysia menyambut baik kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang mencakupi pelaburan, peralihan tenaga, pendidikan, perubahan iklim, pertahanan, pendigitalan dan AI," kata beliau menerusi hantaran di platform X.
Perdana Menteri menerima kunjungan hormat itu dalam semangat memperkukuh hubungan dua hala yang kini telah dinaik taraf kepada perkongsian strategik sejak pertemuan dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer pada Januari lepas.
"Kami turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan aktif UK sebagai Rakan Dialog ASEAN, khususnya dalam mendukung tindakan kemanusiaan di Myanmar dan menyeru gencatan senjata serta pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC)," kata beliau.
Anwar berkata hubungan Malaysia-UK semakin matang dan strategik, berteraskan nilai yang dikongsi bersama -- keadilan, kedaulatan undang-undang dan kemanusiaan sejagat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Hubungan dua hala
#pelaburan
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan