MALAYSIA
PM Anwar perbaharui kad media di HAWANA 2025

Anwar (foto) menunjukkan kad perakuan media pada Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperbaharui kad perakuan media ketika menghadiri Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperbaharui kad perakuan media bernombor H70027 dalam kategori emas (penyelaras media) semasa Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di WTCKL.
- Kad tersebut dicetak secara langsung oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagai penghargaan kepada pemimpin negara yang meraikan pengamal media.
- Kad Perakuan Media dikeluarkan kepada pengamal media yang diperakui secara rasmi oleh kerajaan, dengan lima kategori warna: hijau (media rasmi kerajaan), biru (media tempatan), kelabu (media digital), merah (media antarabangsa), dan emas (penyelaras media).
Ketibaan Anwar diiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Turut serta ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Kali pertama Perdana Menteri menerima kad perakuan tersebut adalah ketika menghadiri kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang diadakan di Ipoh.
Kad Perakuan Media merupakan satu dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui JaPen untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.
Terdapat lima kategori warna kad yang dikeluarkan iaitu warna hijau mewakil media rasmi kerajaan, warna biru mewakili media tempatan (cetak dan elektronik), warna kelabu mewakili media digital, warna merah mewakili media antarabangsa dan warna emas kepada pegawai penyelaras media.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami