awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pertahan isu berjumpa Hamas, wujudkan penyelesaian secara aman

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
23/05/2024
08:15 MYT
PM Anwar pertahan isu berjumpa Hamas, wujudkan penyelesaian secara aman
Pertemuan PM Anwar dengan pemimpin Hamas di Doha adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza. - fotoBERNAMA
TOKYO: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Doha, Qatar minggu lalu adalah untuk menjamin penyelesaian berkenaan situasi di Gaza pada ketika ini.
Anwar berkata, beliau telah memujuk mereka bagi mencari penyelesaian secara aman yang boleh diterima semua pihak memandangkan krisis kemanusiaan di sana sudah berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Katanya, beliau telah mengenali pemimpin Hamas itu sejak berdekad lalu, dan tiada sebab untuk mereka tidak berjumpa.
"Saya meminta mereka untuk menghormati keputusan negara-negara jiran selain cuba untuk menjamin keamanan, melalukan pertukaran pembebasan tahanan, dan menerima 'penyelesaian dua negara'.
"Adakah itu satu kesalahan? Adakah saya mempromosikan keganasan? Tidak. Saya merayu kerana saya mempunyai kelebihan, apa kelebihan saya, saya mengenali mereka, mereka menganggap saya sebagai kawan."
"Bolehkah kita pada zaman ini menutup mata terhadap kekejaman besar-besaran yang berlaku ini?
"Kita boleh terus membincangkan apa yang berlaku pada 7 Oktober, tetapi jangan lupakan kisah tujuh dekad Nakba pada 1948.
"Tetapi apa yang penting sekarang ialah menghentikan pembunuhan. Berhenti menembak wanita dan kanak-kana. Hentikan pemusnahan hospital, sekolah, masjid gereja," tegas Anwar.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pertemuannya dengan Haniyeh di Qatar baru-baru ini pada sesi soal jawab semasa Persidangan Nikkei Masa Depan Asia ke-29, di sini hari ini.
Sejak 7 Oktober lalu, permulaan konflik Israel-Hamas telah mengorbankan lebih 36,000 rakyat Palestin di Gaza, dengan kira-kira 15,000 adalah kanak-kanak dan hampir 10,000 wanita.
Pertemuan pada 13 Mei 2024, dengan Haniyeh, ketua Biro Politik Hamas, merupakan pertemuan pertama Anwar dengan Haniyeh dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir ialah bekas pengerusi Hamas, Khaled Mashal.
Anwar pernah bertemu dengan pemimpin Hamas itu dua kali sebelum ini, pada 2019 dan 2020.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#pertemuan dengan pemimpin Hamas
#konflik di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan