awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF beri amaran, tindakan tegas terhadap penyebar maklumat sulit ATM
Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Jenazah Nadia Kesuma dikebumi pagi esok di Jeddah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi

Bernama
Bernama
18/01/2026
10:00 MYT
PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi
Fahmi (foto) berkata perkara itu disampaikan Perdana Menteri semasa sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama dengan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana hari ini. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbahas dengan konstruktif pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula esok.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan tentang tanggungjawab untuk berbahas secara konstruktif dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula esok.
  • Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa Perdana Menteri menekankan pentingnya fokus pada tugas serta tanggungjawab ahli Parlimen untuk berbahas dengan baik.
  • Empat rang undang-undang (RUU) menjadi keutamaan kerajaan untuk dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini termasuk RUU yang berkaitan dengan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu disampaikan Perdana Menteri semasa sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama dengan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.
"Perdana Menteri sampaikan pesanan untuk kita memberikan fokus kepada tugas.
"Secara umum, beliau mengingatkan kita sebagai Ahli Parlimen, kita ada tanggungjawab bukan hanya untuk hadir, tetapi untuk berbahas dengan baik dalam sidang," kata Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, ketika dihubungi pemberita hari ini.
Fahmi berkata sesi taklimat yang berlangsung selama kira-kira dua jam bermula dari 2.30 petang tadi juga merupakan platform bagi Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara Kerajaan Perpaduan mengeratkan silaturahim sebelum mesyuarat Parlimen bermula.
Beliau turut mengesahkan bahawa empat rang undang-undang (RUU) menjadi keutamaan kerajaan untuk dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.
RUU itu berkaitan dengan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh, RUU tentang pemisahan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara, RUU Ombudsman 2025 dan RUU berkaitan Akta Kebebasan Maklumat.
Terdahulu, Perdana Menteri meninggalkan Kompleks Seri Perdana pada 4.20 petang selepas mempengerusikan taklimat berkenaan dan sempat menyapa pengamal media yang berkampung di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu.
Berdasarkan takwim di laman sesawang rasmi Parlimen, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama 20 hari itu turut menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul selama tujuh hari mulai 20 Jan.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada minggu ketiga persidangan bermula pada 4 hingga 10 Feb sebelum pembentangan RUU dan urusan kerajaan yang lain bermula pada 11 Feb hingga 3 Mac.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang ditekankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan? A: Perdana Menteri menekankan tanggungjawab untuk berbahas secara konstruktif dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula esok.
  • Q: Apakah yang menjadi keutamaan kerajaan dalam sesi Parlimen kali ini? A: Empat rang undang-undang (RUU) menjadi keutamaan kerajaan termasuk RUU yang berkaitan dengan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.
  • Q: Bilakah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula? A: Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#Kompleks Seri Perdana
#Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan