MALAYSIA
PM Anwar, Presiden Lee setuju perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Korea Selatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Lee Jae Myung bersetuju memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Lee Jae Myung bersetuju memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan.
Ringkasan AI
- Malaysia dan Korea Selatan bersetuju memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan, ekonomi, dan pelancongan.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea tahun ini.
- Anwar menjemput Presiden Korea Selatan ke Sidang Kemuncak ASEAN, dan akan menghadiri Sidang Kemuncak APEC di Korea pada November.
Anwar, yang menghubungi Lee pagi tadi, turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan pemimpin Korea Selatan itu dan Parti Demokratik dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini.
"Saya zahirkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau dalam mengemudi Korea (Selatan) pada fasa baharu ini," katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata di akhir perbualan mereka, beliau turut menjemput Lee untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan di Kuala Lumpur.
"Insya-Allah, saya juga akan ke Gyeongju (Korea Selatan) pada November ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak APEC dan berharap dapat menyambut kunjungan beliau ke Malaysia sebelum itu," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami