awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar seru henti stigma mengenai masalah kesihatan mental

Bernama
Bernama
10/10/2023
04:21 MYT
PM Anwar seru henti stigma mengenai masalah kesihatan mental
Anwar turut memakai riben hijau sebagai simbolik kepada kesedaran kesihatan mental. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental.
Beliau yang turut memakai riben hijau sebagai simbolik kepada kesedaran kesihatan mental, membuat membuat kenyataan itu sebelum menjawab soalan pertama pada Sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
"Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa. Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023," kata beliau.
Beberapa Ahli Parlimen turut kelihatan memakai riben hijau sebagai tanda menyokong kempen kesedaran kesihatan mental.
Anwar ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat sebelum ini mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menangani isu kesihatan itu yang kian membimbangkan di negara ini.
Perdana Menteri berkata penubuhan institut itu bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#kesihatan mental
#Hari Kesihatan Mental Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan