awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar seru rakyat semai perpaduan, kukuh semangat kekitaan sempena Deepavali

Bernama
Bernama
20/10/2025
02:00 MYT
PM Anwar seru rakyat semai perpaduan, kukuh semangat kekitaan sempena Deepavali
Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera, kata Perdana Menteri Anwar.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat menggunakan kesempatan sambutan Deepavali hari ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.
Beliau berkata, sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati dan persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk serta diperkukuh.
"Deepavali tiba dengan penuh keceriaan, membawa bersama semangat Pesta Cahaya, lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.
"Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#pesta cahaya
#semangat kekitaan
#PM Anwar Ibrabim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan